Saturday, August 2, 2025
HomeAGENSIANGKASA - SPRM Rancang Meterai MoU Menerusi Program Cegah Rasuah, Perkasa Integriti

ANGKASA – SPRM Rancang Meterai MoU Menerusi Program Cegah Rasuah, Perkasa Integriti

Satu sesi perbincangan akhir mengenai Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 16 Julai 2025.

Pertemuan tersebut telah dihadiri delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad bersama Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Dato’ Mohd Shariff Haji Abu Samah, Pengurus Bahagian Audit Dalaman, Integriti & Risiko ANGKASA, Encik Che Mahalim Che Hashim serta pegawai Bahagian Audit Dalaman, Integriti & Risiko ANGKASA dan Bahagian Hubungan Strategik ANGKASA.

Sementara wakil SPRM pula terdiri daripada Penolong Kanan Pesuruhjaya, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Encik Abdul Malek Mohd Yusof bersama pegawainya, iaitu PPj Hong Chin Chin, PsK Nurul Ajla Mustafa dan Ps Norazilatulakmar Said.

Selain itu, turut hadir ialah pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM iaitu PPj Kho Lee Yee, Ps Rezuan Sharif, PKPs Mohd Saiful Abdul Jalil dan pegawai Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Pertemuan kedua-dua pihak itu lebih menjurus kepada perbincangan mengenai inti pati kandungan MoU serta cadangan pelaksanaan program pencegahan rasuah serta pemerkasaan integriti yang diharap memberi impak positif terhadap pembangunan dan tadbir urus gerakan koperasi di Malaysia.

Majlis Menandatangani MoU yang dijangka dimeterai pada September 2025 depan itu bakal dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki.

Terdahulu, pada 17 Julai 2017, ANGKASA telah menjalin kerjasama strategik dengan SPRM dalam usaha memperkukuh serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam memerangi rasuah dan pemerkasaan integriti.

SPRM turut menjunjung tinggi komitmen ANGKASA dalam usaha berterusan mencegah rasuah dan pecah amanah dalam gerakan koperasi di samping sebagai tanda solidariti dan sokongan bersama terhadap kempen pencegahan rasuah serta peningkatan kesedaran integriti dalam kalangan anggota koperasi.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine