ANGKASA menunaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM364,852.56 kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) dalam Majlis Penyerahan Zakat dan Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak pada 28 Februari 2026.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan zakat tersebut yang disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, bersama tujuh lagi syarikat korporat serta dua individu, dengan jumlah keseluruhan zakat yang dipersembahkan dalam majlis berkenaan sebanyak RM5,417,188.56.
Baginda kemudian berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini.
Sumbangan zakat berkenaan mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat serta menyumbang kepada pembangunan ummah melalui institusi zakat negeri.



