Friday, August 1, 2025
HomeAKTIVITIANGKASA – UAC Tingkat Jalinan Kerjasama

ANGKASA – UAC Tingkat Jalinan Kerjasama

ANGKASA telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya yang diketuai oleh Pengarah UAC, Puan Datin Sri Prof Dr Suhaiza Hanim Dato’ Mohamad Zailani pada 21 Julai 2025.

Kehadiran delegasi tersebut disambut Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Hubungan Strategik, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak.

Dalam perbincangan yang diadakan, UAC telah menjemput Presiden ANGKASA sebagai panel untuk program ‘Inspirasi Ungku Aziz’ sekali gus merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Sajak dan Digital Poster pada 31 Julai 2025.

Selain itu, ANGKASA telah dicadang supaya mengadakan forum bersama pelajar sekolah dan universiti dengan kerjasama UAC termasuk kerjasama menerbitkan himpunan karya penulisan koleksi Ungku A. Aziz

ANGKASA turut mencadangkan pelantikan UAC sebagai duta koperasi bagi membantu dalam aspek promosi dan advokasi selain bertindak sebagai penghubung kepada komuniti. UAC juga boleh berperanan sebagai penjana kepada inovasi baharu bagi meneroka peluang-peluang ekonomi baharu untuk memajukan gerakan koperasi.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan ringkasan dasar kepada ANGKASA bersempena Forum ‘Ungku Aziz, Gerakan Koperasi dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera’ yang bakal berlangsung pada 24 Jun 2025.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine