Kira-kira 600 peserta daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai Program ‘Coop Fun Walk’ di Lingkaran MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 27 Julai 2025 dalam usaha mempromosi amalan dan gaya hidup sihat.
Aktiviti berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer anjuran ANGKASA Negeri Melaka bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu merupakan pembuka acara pada hari ketiga Hari Koperasi Negara 2025 (HKN’25).
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin dan Timbalannya, YB Puan Tuminah Kadi @ Mohd Hasim.

















Hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Haji Abd. Hadi, Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.
Peserta yang memulakan larian seawal pukul 7.00 pagi turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah dalam sesi cabutan bertuah selepas tamat acara.
Sementara itu, Pertandingan Cabaran Kopi Tarik ANGKASA Melaka dan ADABI pula berjaya mengumpulkan 7 peserta daripada negeri Melaka, yang menawarkan hadiah berupa barangan elektrik berjumlah RM 1,000.00.