Friday, August 1, 2025
HomeAKTIVITIDatuk Seri Dr. Abdul Fattah Terima Anugerah Pemimpin-Pemimpin Koperasi Global ( Gold...

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Terima Anugerah Pemimpin-Pemimpin Koperasi Global ( Gold Medal Award ) daripada Central Cooperatives Union, Bulgaria .

Kecemerlangan gerakan koperasi Malaysia di peringkat antarabangsa terbukti berjaya mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima Anugerah Tertinggi Pemimpin-Pemimpin Koperasi Global ( Gold Medal Award ) daripada Central Cooperatives Union, Bulgaria.

Anugerah tersebut telah diterima melalui Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu menghadiri ICA General Assembly & ICAO EXCOM Meeting di Manchester, United Kingdom pada 2 Julai 2025.

Pengiktirafan tersebut bukan sahaja  mengangkat nama koperasi Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan peranan besar yang dimainkan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden  ASEAN Co-operatives Organization (ACO) dan Naib Presiden International Co-operative Alliance Asia Pacific (ICA-AP) selama ini begitu dihargai.

Sebagai tanda menghargai pengiktirafan tersebut, satu majlis ringkas penyerahan anugerah telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada hari ini (9 Julai 2025) dan Dato’ Haji Kamarudin telah menyerahkan anugerah berprestij tersebut kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Hadir sama menyaksikan sesi serahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA,  Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa,  barisan Anggotq Lembaga ANGKASA iaitu Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan ANGKASA, Encik Ismail Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Bahagian Undang-Undang ANGKASA, Dato’ Haji Mohamad Sharif Haji Abu Samah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine