ANGKASA tampil sebagai penaja bersama menjayakan program Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang pada 31 Oktober 2025.
Forum yang bertajuk ‘Dari Tapak ke Puncak: Melestari Tradisi, Memacu Inovasi’ itu merupakan sebahagian daripada pengisian program menarik bersempena Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 yang diadakan selama tiga hari sehingga 2 November 2025.
Forum Perdana yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM itu menampilkan barisan panel terkenal iaitu Dato’ Haji Badli Shah Alauddin, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Dr. Mohamed Sabir Jamaludin dengan Ustaz Mohd Rahimi P. Ramlee sebagai moderator.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut hadir bersama-sama menyaksikan forum tersebut diiringi Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Tengah, Dato’ Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty.










