HomeAKTIVITIKenduri Perdana Koperasi ANGKASA Semarak Budaya Gotong-Royong

Kenduri Perdana Koperasi ANGKASA Semarak Budaya Gotong-Royong

Kenduri Perdana Koperasi ANGKASA 2026 bukan sekadar menghimpunkan warga kerja ANGKASA, malah menyemarakkan budaya gotong-royong dan merewang, di samping menghidupkan semangat kerjasama, kebersamaan dan kekeluargaan selaras dengan nilai serta prinsip berkoperasi.

Program anjuran ANGKASA yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 3 September 2026 bermula seawal 9 pagi dengan aktiviti gotong-royong melapah daging tiga ekor lembu yang telah disembelih bagi tujuan akikah, diikuti penyediaan bahan masakan, memasak dan menghidangkan makanan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut turun padang menyertai aktiviti melapah daging bersama warga kerja sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam kalangan warga ANGKASA.

Di samping itu, Yayasan Infaq ANGKASA dengan kerjasama Klinik Anggun turut mengadakan Program Klinik Kasih yang memberi peluang kepada warga kerja ANGKASA mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma.

Pemeriksaan yang disediakan meliputi paras gula dalam darah (glukosa), kolesterol dan Indeks Jisim Badan (BMI), selain mendapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor, dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pada masa sama, Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA (PJRMA) turut diadakan dari 9 pagi hingga 6 petang bagi memberi manfaat kepada warga kerja dan komuniti setempat menerusi penyediaan barangan pada harga berpatutan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-naib Presiden ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Tuan Haji Zaharuddin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine