Thursday, October 16, 2025
HomeAGENSIKOPAMA Tawar Rumah Mampu Milik Kepada Anggota Koperasi

KOPAMA Tawar Rumah Mampu Milik Kepada Anggota Koperasi

Program Pemilikan Rumah Antara Koperasi di Taman YPJ Punggai, Johor dan PRIMA Setiawan, Perak membuktikan bahawa koperasi boleh menjadi peneraju dalam sektor perumahan dan membantu kerajaan dalam menyelesaikan isu perumahan serta membantu anggota mereka yang sukar mendapat kelulusan bank seperti tiada slip gaji dan sebagainya untuk memiliki rumah sendiri.

Demikian dinyatakan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Program Kolaborasi Antara Koperasi Untuk Pemilikan Rumah Di Taman YPJ Punggai, Pelancaran Produk KOPAMA Dan Pengenalan Alfa Universiti College Kepada Koperasi bertempat di Alfa University College, Subang Jaya, Selangor pada 9 September 2025.

Menurut beliau, hasil kerjasama erat antara Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (KOPAMA) dengan pemaju besar seperti Lagenda, YPJ dan SPNB, menjadikan peluang untuk memiliki rumah kini semakin mudah dicapai dengan harga sekitar RM160,000, anggota koperasi sudah mampu memiliki sebuah rumah. 

Tambahnya, ANGKASA amat mengalu –alukan usaha dari pihak KOPAMA hari ini dan ianya harus menjadi contoh kepada koperasi yang lain untuk turut serta dalam sektor berimpak tinggi ini.

Beliau turut menyeru agar pihak bank-bank dan koperasi kredit dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mempermudahkan proses permohonan serta kelulusan pinjaman. Dengan cara ini, lebih ramai anggota koperasi mampu memiliki rumah idaman.

Terdahulu, Pengerusi KOPAMA, Dato’ Abdul Rahim Haji Hashim dalam ucapan aluannya berkata, KOPAMA menawarkan kepada warga koperasi dengan diskaun khas daripada keseluruhan unit yang dijual.

Jelasnya, selain membantu warga koperasi mendapatkan rumah, KOPAMA juga berhasrat memberi galakan kepada koperasi lain untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah yang mampu memberikan pulangan tinggi.

Turut diaadakan adalah tayangan video korporat dan taklimat Alfa University College, taklimat projek perumahan YPJ dan taklimat projek perumahan Lagenda.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Federasi Koperasi Hartanah dan Industri Pembinaan Malaysia Bhd, Dato’ Mohd Nazifuddin Dato’ Sri Mohd Najib, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Naib Canselor Alfa University College, Prof. Dr. Nurliza Haslin Muslim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine