Tuesday, October 14, 2025
HomeAGENSIPeluang Tingkatkan Ekonomi dan Ilmu Melalui Program Seminar

Peluang Tingkatkan Ekonomi dan Ilmu Melalui Program Seminar

Program seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa boleh memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi Ilmu dan pengalaman bersama mentor selain membina rangkaian ekonomi baharu dalam keusahawanan koperasi.

Hasil daripada rumusan dan idea para peserta, pasti kelebihan tersebut dapat menjadikan koperator lebih bersedia dan berani untuk membuat keputusan bagi sesebuah perniagaan selain mencuba sesuatu yang baharu tetapi kurang berisiko.

Demikian disuarakan oleh Presiden ANGKASA , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap merasmikan Program Seminar Kepimpinan dan Keusahawanan Koperasi Wanita Sabah di Kota Kinabalu, pada 5 Oktober 2025.

Menurut beliau, berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebanyak 275 buah koperasi wanita dan koperasi ibu tunggal didaftarkan dengan catatan keanggotaan seramai 29,445 orang, syer dan yuran berjumlah RM19.31 juta, aset bernilai RM79.94 juta dengan catatan perolehan sebanyak RM16.28 juta.

“Wanita merupakan ejen penting dalam menjayakan ekonomi madani dan penggerak kepada nilai integriti dan kebersamaan dalam keusahawanan.” ujarnya.

Katanya lagi, wanita perlu merebut peluang mendalami platform pemasaran berasaskan teknologi dan latihan transformasi digital supaya seiring dengan arus revolusi industri.

Apa yang lebih utama adalah konsistensi dalam melaksanakan operasi serta keberhasilan dalam menyediakan perkhidmatan yang memberi manfaat berterusan.

Kejayaan koperasi wanita Sabah juga dibuktikan melalui pencapaian Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi Sandakan Berhad dan Koperasi Wanita Kota Kinabalu Berhad.

Justeru, koperasi harus melangkah jauh dengan mengoptimumkan peluang dan sokongan KUSKOP serta agensi berkaitan termasuklah ANGKASA.

Seramai lebih 130 peserta menghadiri program anjuran bersama ANGKASA dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Hadir sama pada program tersebut ialah Pengarah SKM Negeri Sabah, Haji Awang Rusli Mohammad, Pengarah IKMa Negeri Sabah, Encik Mohd Razalie Raffae, Wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Latiff dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sabah, Encik Mohd Ramlan Mohd Soon.

Sementara itu, pada hari yang sama, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut melawat Koperasi Kariah Masjid Taun Gusi Berhad, Kota Belud, Sabah bagi menyampaikan agihan zakat wakalah yang berjumlah RM7,800 kepada 10 orang asnaf.

Katanya, beliau ingin memberi peluang kepada asnaf untuk melibatkan diri dalam koperasi walaupun kurang berkemampuan.

Justeru, dengan saham yang diberikan itu, mereka dapat sama-sama mengimarahkan masjid dan berupaya menjadi penyumbang zakat pada suatu hari nanti.

Seramai 25 anggota koperasi hadir termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sabah, Encik Mohd Ramlan Mohd Soon, Pengurus ANGKASA Negeri Sabah, Encik Antony Barubui, Pegawai Shariah ANGKASA Negeri Sabah, Encik Muhammad Raffiq Azman, Pengerusi koperasi, Encik Jamru Haji Etong dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Taun Gusi, Encik Lamsil Hamidshor.Program seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa boleh memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi Ilmu dan pengalaman bersama mentor selain membina rangkaian ekonomi baharu dalam keusahawanan koperasi.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine