Thursday, July 31, 2025
HomeANTARABANGSAPerbincangan Dua Hala Perkukuh Peranan Koperasi ASEAN

Perbincangan Dua Hala Perkukuh Peranan Koperasi ASEAN

Satu sesi perbincangan dua hala bersama delegasi antarabangsa telah berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Mei 2025 sempena ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025).

Sesi tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menjurus kepada perbincangan bagi memperkukuhkan hubungan dan peranan koperasi di rantau Asia Tenggara bagi pertumbuhan perniagaan dan kesejahteraan sosioekonomi anggota serta masyarakat.

Antara yang terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Pengarah National Commission on Muslim Filipinos, Ms. Saleha Sacar, Ahli Lembaga Singapore National Co-operative Federation, Mr. Mike Chian, Pengerusi Co-operative League of Thailand, Mr. Poramate Intarachumnum, Wakil Usahawan Indonesia, Ibu Sartika Putri dan Pengarah Halal Vietnam, Mr. Abdul Malik.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine