Saturday, November 15, 2025
HomeKOPERASIPresiden ANGKASA Tinjau Persediaan Projek Ayam Kampung Koperasi Nanga Engkuah

Presiden ANGKASA Tinjau Persediaan Projek Ayam Kampung Koperasi Nanga Engkuah

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad bermula 11 Oktober 2025.

Tujuan utama lawatan adalah untuk meninjau status pelaksanaan dan perkembangan projek ternakan ayam di bawah inisiatif Projek Sejati Madani untuk sektor koperasi yang dikawal selia oleh ANGKASA selain mendengar secara langsung cabaran yang dihadapi serta berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Lawatan tersebut turut diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Pertanian dan Perladangan ANGKASA, Encik Muhammad Zuhid Jamaluddin, Pengurus Kanan ANGKASA Negeri Sarawak, Encik George Aiman Milin,
Pengurus Seksyen Pemulihan (Sejati Madani), Encik Abdul Wahab Haji Alias dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kapit Sarawak, Puan Mina Anak Sat.

Koperasi merancang untuk memulakan penternakan sebanyak 1,000 ekor ayam kampung kacuk di kawasan tanah perkampungan Rumah Panjang Nanga Engkuah pada bulan Disember 2025. Projek ini dijangka akan menjadi sumber pendapatan baharu kepada koperasi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada anggota dan komuniti setempat.

ANGKASA komited untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada koperasi bagi memastikan projek tersebut dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan masyarakat luar bandar di Sarawak.Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad bermula 11 Oktober 2025.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine