Friday, June 20, 2025
HomeAKTIVITITiga Anak Syarikat ANGKASA Meterai Perjanjian dengan Boost Bank

Tiga Anak Syarikat ANGKASA Meterai Perjanjian dengan Boost Bank

Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kemudahan Pembiayaan antara Boost Bank dengan Kumpulan MyANGKASA telah berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 3 Jun 2025.

Perjanjian tersebut melibatkan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM22 juta, merangkumi RM18 juta kepada MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB), RM2 juta kepada MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) dan RM2 juta kepada MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB).

Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MHSB, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berharap agar kerjasama itu dapat memperkukuh aktiviti perniagaan anak-anak syarikat ANGKASA yang terlibat serta menjadi permulaan kepada kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Boost Bank pada masa hadapan.

Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MBSB, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Pengarah Eksekutif MHSB, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost Holdings, Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ahli-ahli Lembaga Pengarah MHSB iaitu Haji Nasir Khan Yahaya dan Encik S. Ahlaimuniandy, Pengerusi MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., Haji Mansor Ab. Rahman dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Dr. Ahmad Alias Tajuddin Zakaria serta Ahli Lembaga Pengarah MBSB, Datuk Dr. Haji Azih Haji Muda.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine