Thursday, October 16, 2025
HomeAKTIVITIWomen Coop Fest 2025: Raikan Kuasa Ekonomi Wanita

Women Coop Fest 2025: Raikan Kuasa Ekonomi Wanita

Satu sidang media mengenai Women Coop Fest_ 2025 anjuran Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA) telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz pada 24 September 2025.

Ia bertujuan menghimpunkan koperasi wanita, usahawan tempatan dan komuniti bagi meraikan sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, festival berskala nasional itu menyasarkan penglibatan kira-kira 50,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan muda untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan koperasi wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober 2025, bertempat di MyTown Shopping Mall, Cheras, Kuala Lumpur itu termasuklah mengadakan pameran produk koperasi dan usahawan wanita, bengkel keusahawanan, sesi perkongsian ilmu, persembahan budaya dan forum tokoh koperasi wanita, pertandingan E-Sukan ( Women E-sport) , pertandingan memasak dan menghias Kek, Pertandingan Nyanyian Karaoke, Pertandingan ‘Mr & Mrs Meow’ dan banyak lagi acara santai seisi keluarga.

Terdahulu, Pengerusi KOWIMA Hajah Rozilah Mohd Tahir berkata, festival tersebut merupakan usaha memperkasa wanita melalui koperasi dan keusahawanan serta membina jaringan yang kukuh di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Objektif utama festival itu, adalah bagi menyediakan platform pemasaran bagi produk dan perkhidmatan koperasi, usahawan dan komuniti, khususnya dalam kalangan wanita, memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi menjadi gerakan memperkasakan ekonomi wanita melalui koperasi dan semangat keusahawanan,” ujarnya.

Usahawan yang berminat berpeluang menyewa beberapa ruang gerai dan Food Truck untuk pasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Ia adalah peluang keemasan untuk meningkatkan jualan dan membina rangkaian baharu. Orang ramai, terutamanya komuniti koperasi, belia dan wanita usahawan dijemput hadir. Berikut ialah Hotline KOWIMA sebagai rujukan : Hajah Rozilah di talian 019 277 8351, Puan Salbiah di talian 012 658 6179, Puan Rahifa – 012 650 3457

KOWIMA telah ditubuhkan pada 7 November 2017 atas inisiatif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Matlamat utama penubuhan KOWIMA adalah untuk menyatukan semua Koperasi Wanita, Koperasi Ibu Tunggal dan Koperasi Kaum Ibu di seluruh negara di bawah satu badan induk.

Sehingga kini, KOWIMA dianggotai oleh 22 buah koperasi, merangkumi 19 buah koperasi dari Semenanjung Malaysia, dua koperasi dari Sabah dan sebuah koperasi dari Sarawak.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, barisan Ahli Jawatankuasa KOWIMA dan para media.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine