ANGKASA Negeri Melaka telah menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis penyerahan zakat perniagaan oleh agensi-agensi korporat di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT YDP Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 11 Disember 2025.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan menerima zakat perniagaan oleh ANGKASA bagi Negeri Melaka kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM 90,529.29 dan ANGKASA diwakili oleh Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Majlis penyerahan tersebut juga turut disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Azhar Haji Arshad serta EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama,merangkap Timbalan Pengerusi MAIM/ZM, Datuk Rahmad Mariman.
Wakil ANGKASA yang turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Dr. Syaharina Abdullah.












