Friday, June 20, 2025
HomeAKTIVITI50 Anak Yatim Kuala Lipis Terima Sumbangan Yayasan Infaq ANGKASA

50 Anak Yatim Kuala Lipis Terima Sumbangan Yayasan Infaq ANGKASA

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah mengagihkan lebih RM32 juta bantuan kepada yang memerlukan.

Pengasas YIA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah kutipan YIA pada tahun lepas sahaja mencecah RM3 juta, hasil sumbangan 5,114 penginfaq dari seluruh Malaysia.

Beliau juga menyeru agar budaya berinfaq dan berbuat kebajikan ini menjadi amalan dalam kehidupan seharian masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“infaq dan wakaf ini tidak akan pernah mengurangkan harta seseorang. Bahkan, ia menyucikan harta, melapangkan rezeki, memanjangkan usia dan mengkayakan jiwa. Yakinlah bahawa setiap pemberian itu, walau sekecil mana sekalipun, besar nilainya di sisi Allah SWT”, jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Agihan Yayasan Infaq ANGKASA kepada Anak-anak Yatim Kuala Lipis di Merapuh, Kuala Lipis Pahang pada 19 April 2025.

Dalam majlis tersebut, seramai 50 orang anak-anak yatim sekitar kawasan Kuala Lipis telah menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000 Kebanyakan barangan tersebut adalah hasil produk koperasi.

Beliau berharap YIA dapat terus menyemarakkan lagi aktiviti kebajikan yang memberi manfaat menyeluruh selain meningkatkan jumlah kutipan agar lebih ramai mendapat manfaatnya di masa hadapan.

Turut berlangsung pada majlis tersebut ialah tazkirah bertajuk “Kongsi Rezeki Melalui Infaq” oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA merangkap Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon III (Barat), Encik Abi Hurairah Ahmad, Pengerusi Persatuan Pendidikan Anak-Anak Yatim Lipis, Encik Ruzi @ Nata bin Yusuff dan Timbalan Ketua Polis Balai Merapoh, Sarjan Mejar Ahmad Zambri.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine