Tuesday, March 3, 2026
HomeUncategorizedANGKASA Teliti Peluang Kerjasama Strategik Bersama Perak Transit

ANGKASA Teliti Peluang Kerjasama Strategik Bersama Perak Transit

ANGKASA akan meneliti secara terperinci cadangan kerjasama yang dikemukakan oleh Perak Transit Berhad bagi memastikan ia mampu memberikan manfaat strategik kepada gerakan koperasi negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA perlu memastikan setiap pelaburan yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada koperasi di bawah naungannya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Pengarah Perak Transit Berhad di ibu pejabat ANGKASA pada 27 Februari 2026.

Turut hadir ialah Pengarah Terminal Urus Sdn. Bhd., Dato’ Sri Wan A. Najmuddin Mohd, Pengarah Eksekutif Perak Transit, Dato’ Cheong Peak Sooi, Pengurus Besar Kanan Bahagian Kewangan Korporat ANGKASA, Encik Hamzah Haji Ibrahim serta Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, pihak Perak Transit disaran menyediakan kertas cadangan yang lebih komprehensif serta jelas dari segi pulangan dan impak kepada koperasi, khususnya di Perak. Ini memandangkan majoriti koperasi di Malaysia terdiri daripada koperasi mikro yang mempunyai kapasiti pelaburan terhad dalam sektor korporat berskala besar.

Perak Transit Berhad merupakan syarikat pengangkutan awam bersepadu yang membangunkan, memiliki dan mengendalikan terminal pengangkutan bersama komponen komersial. Antara terminal utama yang diuruskan termasuk Terminal Meru Raya, Kampar Putra Sentral dan Bidor Sentral. Syarikat itu turut mengendalikan kontrak pengurusan Terminal Sentral Kuantan dan Terminal Perlis Sentral.

Sumber pendapatan utama syarikat merangkumi sewaan ruang niaga dan pengiklanan, fi pengurusan serta caj parkir. Selain itu, Perak Transit turut terlibat dalam operasi bas awam dan stesen minyak serta pembinaan menara telekomunikasi sebagai sebahagian daripada diversifikasi perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine