Ketua Pegawai Operasi Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), Encik Mohd Safwan Zulmani mengetuai kunjungan ke Wisma Ungku A. Aziz pada 20 Oktober 2025 bagi mengadakan pertemuan bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneroka peluang kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada gerakan koperasi.
Kerjasama yang dibincangkan merangkumi pemasaran produk dan perkhidmatan KOPETRO oleh Bahagian Perniagaan ANGKASA serta integrasi produk ANGKASA ke dalam ekosistem pasaran KOPETRO.











Inisiatif itu berpotensi memperluas capaian pasaran produk dan perkhidmatan kedua-dua pihak sekali gus memperkukuh jaringan perniagaan serta meningkatkan potensi penjanaan pendapatan koperasi.
Hadir sama ialah Ketua Bahagian Kewangan KOPETRO, Encik Helmi Azwar Mohd Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Tadbir Urus ANGKASA, Encik Mahalim Che Hashim.


