Tuesday, March 10, 2026
HomeAGENSIANGKASA - AKM Rancang Kolaborasi Program Kenegaraan dalam Gerakan Koperasi

ANGKASA – AKM Rancang Kolaborasi Program Kenegaraan dalam Gerakan Koperasi

ANGKASA menyambut baik cadangan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) untuk menjalinkan kerjasama dalam mempromosikan program di bawah AKM bagi mengukuhkan semangat patriotisme, disiplin dan integriti kepada kumpulan sasar yang lebih luas dan menyeluruh.

Langkah itu adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI supaya Malaysia boleh membangun sebagai sebuah negara yang lebih maju serta makmur demi kesejahteraan dan perpaduan negara.

Hasrat tersebut disuarakan oleh Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr. Haji Roslan Hussin kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika melakukan Kunjungan Hormat ke ANGKASA pada 6 Mac 2026.

Menurutnya, pendekatan program yang bakal dilaksanakan kelak bersifat interaktif di Pusat Latihan AKM seluruh negara.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, selain mengenengahkan program kenegaraan ke arah pembinaan negara bangsa, beliau mahu supaya modul jati diri koperasi turut disertakan dalam program AKM melibatkan gerakan koperasi.

Justeru, bagi merealisasikan usaha tersebut, Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan AKM bakal ditandatangani dalam masa terdekat dan pelaksanaan program akan diselaraskan di semua peringkat ANGKASA Negeri.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Bahagian Eksekutif AKM, Encik Khairudin Abas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat AKM,  Encik Asrizal Mohamed Radzi, Penolong Pengarah Bahagian Korporat AKM,  Encik Muhammad Elyas Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Korporat AKM, Encik Sufian Yusof, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat AKM, Puan Muliana Tahir dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas kepada Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine