Majlis Iftar Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu berlangsung meriah dalam suasana penuh ukhuwah di Kelana Jaya, Selangor pada 5 Mac 2026.
Pengerusi KOPSYA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, berkata penganjuran majlis berkenaan bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga koperasi dan rakan strategik, malah mencerminkan komitmen KOPSYA dalam menyantuni masyarakat melalui pelbagai inisiatif kebajikan.
Dalam majlis yang sama, KOPSYA turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas serta Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA. Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000 bersama barangan keperluan harian seperti lampin pakai buang dan minyak masak.
Sementara itu, Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000. Selain itu, seramai 14 anak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA turut menerima sumbangan duit raya.
Hadir sama ialah Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Efendee O P Andu, Timbalan Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Tuan Mohd Fadzli Mat Lahim, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Timbalan Pengerusi KOPSYA, Dato’ Haji Mohd. Jamil Othman, Setiausaha KOPSYA, Haji Alimen Ahmad, Bendahari KOPSYA, Haji Mohamad Noor Mohamad dan Pengarah Pusat Perundingan Koperasi Institut Koperasi Malaysia, Hajah Roziah Mohamed.
Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, barisan Anggota Lembaga KOPSYA, Jawatankuasa Audit Dalaman KOPSYA yang diketuai Pengerusinya, Encik Hamzah Haji Ibrahim, barisan Jawatankuasa Syariah KOPSYA serta Pengurusan KOPSYA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hajah Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta.






















































