Saturday, March 14, 2026
HomeAGENSI100 Ahli Bomba Terima Sumbangan CoopCare Rezeki Ramadan

100 Ahli Bomba Terima Sumbangan CoopCare Rezeki Ramadan

Sebanyak 100 pek barangan keperluan harian telah diedarkan oleh ANGKASA kepada 100 ahli Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya pada hari ini (14 Mac 2026) sempena Program CoopCare Rezeki Ramadan 2026.

Barangan tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan diterima melalui Ketua Balai Bomba Petaling Jaya, Tuan Syed Sharil Anuar Syed Sulaiman bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya.

Sumbangan tersebut juga adalah bagi menzahirkan penghargaan ANGKASA sekali gus meraikan petugas barisan hadapan negara yang memberi komitmen dalam melaksanakan tugas memberi khidmat bakti kepada komuniti setempat.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine