Petugas barisan hadapan merupakan individu yang amat penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat terjamin. Mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi walaupun berdepan dengan risiko yang tinggi.
Bagi menghargai jasa mereka, ANGKASA menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2026/1447H telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan 100 pek barangan keperluan harian kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan Balai Polis Kelana Jaya hari ini (15 Mac 2026).
Majlis penyerahan di kedua-dua lokasi itu telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Petugas Klinik Kesihatan Kelana Jaya menerima sumbangan 100 pek barangan keperluan harian dan diterima menerusi Pegawai Perubatan Yang Menjaga UD14, Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Dr. Mohd Muhaimin Abdullah.
Seramai 100 anggota daripada Balai Polis Kelana Jaya telah menerima sumbangan 100 pek barangan keperluan harian. Sumbangan tersebut telah diterima menerusi Ketua Polis Balai (KPB) Kelana Jaya, ASP Salmin Jaafar.
Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.






















