Hari Penamaan Calon (HPC) bagi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-40 (MAPA 2026) berjalan lancar di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 20 Mei 2026.
Program yang bermula seawal pukul 9 pagi itu berakhir secara rasmi pada pukul 3 petang dengan proses pencalonan berjalan dalam suasana teratur dan mematuhi ketetapan Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA.
Mengikut UUK ANGKASA 36(2), kekosongan jawatan mengikut giliran bagi tahun ini melibatkan dua jawatan Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa daripada Koperasi Tanjong Perdana Kelantan Berhad dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah daripada Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad.






















Selaras dengan UUK ANGKASA 27(3), mana-mana perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-36 (MAPA 2022) yang ingin bertanding bagi jawatan tersebut perlu hadir bersama wakil koperasi pencadang dan wakil koperasi penyokong.
Calon juga dikehendaki mengemukakan Borang 2A iaitu Borang Pencalonan Jawatan Dua Orang Anggota Lembaga ANGKASA MAPA 2023, Borang 2B: Borang Biodata Calon, Borang 2C: Borang Permohonan Semakan Laporan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) serta Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu selain Borang Penentusahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) GP3.
Dalam pada itu, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah turut hadir bagi mempertahankan jawatan masing-masing untuk penggal seterusnya.



