HomeAGENSISesi Libat Urus KUSKOP : Perkukuh Penyelarasan Agensi demi Pembangunan Koperasi

Sesi Libat Urus KUSKOP : Perkukuh Penyelarasan Agensi demi Pembangunan Koperasi

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Mohamad Alamin telah menyempurnakan Sesi Libat Urus bersama Pengarah-Pengarah Agensi di bawah KUSKOP Negeri Sembilan.

Sesi tersebut yang berlangsung di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Seremban pada 22 Julai 2026 menjadi platform bagi memperkukuh penyelarasan, kerjasama serta penyampaian inisiatif kerajaan dalam memperkasakan pembangunan usahawan dan gerakan koperasi khususnya di Negeri Sembilan.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah hadir dalam sesi tersebut mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkemas pelaksanaan program, mengenal pasti cabaran semasa serta memperkukuh sinergi strategik antara agensi bagi memastikan manfaat inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada komuniti usahawan dan koperasi.

Datuk Mohamad Alamin berkata, sesi libat urus seperti ini amat penting dalam memastikan setiap agensi bergerak secara seiring dan saling melengkapi bagi memperkukuh ekosistem gerakan koperasi.

KUSKOP komited untuk terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan demi memastikan agenda pemerkasaan koperasi dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan memberi impak kepada masyarakat.

Melalui sesi ini, hubungan strategik antara KUSKOP, ANGKASA dan agensi-agensi di bawah kementerian terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasakan pembangunan koperasi sekali gus menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing di peringkat negeri serta nasional.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Encik Radiatul Fitri Dollah dan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd. Latif.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine