HomeKOPERASIKarnival Semekar Kokurikulum & Keusahawanan Perkasa Potensi Murid dan Budaya Keusahawanan

Karnival Semekar Kokurikulum & Keusahawanan Perkasa Potensi Murid dan Budaya Keusahawanan

Karnival Semekar Kokurikulum & Keusahawanan Peringkat Kebangsaan 2026 menjadi platform memperkukuh penglibatan murid dalam kokurikulum, memupuk budaya keusahawanan serta memperluaskan pendedahan kepada bidang STEM, pendidikan dan peluang kerjaya.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merasmikan Program Karnival Semekar Kokurikulum & Keusahawanan Peringkat Kebangsaan di SMK Bandar Rinching, Semenyih pada 25 Julai 2026.

Dato’ Haji Kamarudin berkata, Program Karnival Semekar Kokurikulum & Keusahawanan Peringkat Kebangsaan di SMK Bandar Rinching menjadi platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada murid mengenai bidang keusahawanan, pendidikan, STEM dan peluang kerjaya, sekali gus membentuk generasi muda yang kreatif, inovatif serta berdaya tahan.

Beliau berkata, sejajar dengan objektif penganjuran karnival tersebut, koperasi sekolah merupakan medan terbaik untuk memupuk nilai kepimpinan, pengurusan dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Katanya, ANGKASA akan terus memperkasa koperasi sekolah sebagai platform melahirkan usahawan dan pemimpin masa depan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Dato’ Haji Kamarudin turut menegaskan bahawa koperasi sekolah bukan sekadar medium pembelajaran, malah menjadi ruang praktikal untuk pelajar mengaplikasikan ilmu perniagaan, pengurusan kewangan dan kerja berpasukan.

“Melalui koperasi sekolah, murid bukan sahaja mempelajari asas keusahawanan, malah membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta semangat bekerjasama yang menjadi bekalan penting dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” ujar beliau.

Pengetua SMK Bandar Rinching, Puan Sarbanun Ismail dalam ucapannya berkata,
penganjuran karnival ini membuka ruang kepada murid untuk meneroka pelbagai peluang dalam bidang keusahawanan, STEM, pendidikan dan kerjaya.

Selaras dengan usaha sekolah melahirkan murid yang holistik, berdaya saing serta memiliki nilai kepimpinan dan semangat keusahawanan.

Karnival yang menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, agensi latihan kemahiran dan wakil industri ini turut dimeriahkan dengan pameran, pertandingan serta aktiviti interaktif yang memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada murid.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Khairul Anuar serta Pegawai Penasihat Kinstruction / Rakan Pembimbing (SIP+) Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Puan Kamariah Che Ngah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine