HomeKOPERASITanam Semangat dan Keazaman  Imarah Masjid Melalui Koperasi

Tanam Semangat dan Keazaman  Imarah Masjid Melalui Koperasi

Koperasi boleh menjana pembentukan ekosistem yang bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi menerusi rantaian perniagaannya, malah boleh berperanan sebagai platform dalam penganjuran pelbagai program yang boleh membantu mengimarahkan masjid.

Menerusinya, peranan jawatankuasa dan kariah yang sudi membantu sangat diperlukan sekali gus menjadikan usaha tersebut sebagai landasan kepada pembentukan kuasa ekonomi yang lebih baik dan pada masa yang sama, menarik lebih ramai kariah untuk datang ke masjid.

Demikian disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap di Majlis Perasmian COOPMART Koperasi Kariah Masjid Putra Nilai Berhad  (KOMAS PUTRA) bertempat di Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai, Negeri Sembilan pada 25 Julai 2026.

Menurut beliau, sekiranya koperasi kariah masjid dapat berperanan secara lebih signifikan, tidak mustahil masyarakat sekitar akan tertarik untuk datang sekali gus akan bersama-sama membantu menjayakan aktiviti yang digerakkan oleh koperasi.

Selain melawat kabin kedai runcit koperasi, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut berkesempatan melawat tapak Jualan Rahmah Madani yang sedang berlangsung di perkarangan parkir masjid.

Hadir sama di majlis Perasmian tersebut  ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan,  Radiatul Fitri Dollah, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abdul Latif, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Nasaruddin Othman dan Pengerusi KOMAS PUTRA, Andi Mohamed Zulfauzan Muhammad.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine