HomeAKTIVITIBina Persekitaran Selamat Bebas Penderaan Kanak-Kanak di TASKA

Bina Persekitaran Selamat Bebas Penderaan Kanak-Kanak di TASKA

Keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

Justeru, semua pengusaha TASKA, ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti perlu berganding bahu membina persekitaran yang selamat, penyayang dan bebas daripada sebarang bentuk penderaan.

Demikian ditegaskan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bin Abdullah sewaktu berucap merasmikan Simposium Ke Arah Sifar Penderaan Kanak-Kanak di TASKA (Road Show Negeri Selangor 2.0) di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 25 Julai 2026.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disokong oleh ANGKASA menghimpunkan pengusaha TASKA, pendidik awal kanak-kanak, pakar industri termasuk pelbagai agensi berkaitan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan bahawa koperasi sebagai institusi masyarakat mempunyai peranan penting dalam memperkukuh pendidikan, kesedaran dan pembangunan sosial melalui program-program komuniti yang memberi manfaat kepada keluarga serta kanak-kanak.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penderaan kanak-kanak, memperkukuh amalan terbaik dalam pengasuhan serta membudayakan konsep “Zero Child Abuse” di semua pusat jagaan kanak-kanak.

Penganjuran simposium seperti ini juga mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dalam menyokong agenda pembangunan sosial negara, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang membesar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan penuh kasih sayang.

Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Nasiruddin Othman yang bersama-sama menyatakan sokongan dan komitmen ANGKASA dalam menyokong usaha memperkasakan institusi penjagaan awal kanak-kanak melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine