HomeAKTIVITIKOSPEP Tambah Syer RM300 Ribu dalam KOPSYA

KOSPEP Tambah Syer RM300 Ribu dalam KOPSYA

Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad (KOSPEP) menambah syer sebanyak RM300,000 dalam Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA).

Penyerahan syer tersebut disempurnakan oleh Pengerusi KOSPEP, Haji Mohd Ishak Masudi kepada Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sesi penyerahan ringkas di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 27 Julai 2026.

Turut hadir ialah Bendahari KOSPEP, Haji Jamaluddin Sulaiman, Ahli Jawatankuasa KOSPEP, Samad Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Puan Hajah Fatimah Nurhaliza Mohd. Hatta serta Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Halim Haji Ibrahim.

KOSPEP yang ditubuhkan pada 1983 mempunyai kira-kira 1,400 anggota yang terdiri daripada warga perkhidmatan pendidikan di Sabak Bernam.

Selain menjalankan aktiviti kredit, KOSPEP turut menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk projek perumahan, perladangan kelapa sawit dan penyewaan rumah kedai.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine