
Wakil Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad (FedBorong) hadir menemui Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di ibu pejabat ANGKASA hari ini (11 Ogos 2026) bagi membincangkan kerjasama memperkasakan sektor peruncitan koperasi.
Sesi perbincangan tersebut yang melibatkan tiga wakil FedBorong iaitu Bendahari, Mohamed Shahrul Nizam Zulkepli, Anggota Lembaga, Tengku Mazuki Tengkuk Ismail dan Pengurus Operasi, Baba Abdullah turut disertai Naib Presiden ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias.
Perbincangan lebih menjurus kepada rancangan untuk membentuk kerjasama yang lebih mampan khususnya dalam aspek pembentukan rantaian perniagaan pemborongan dan peruncitan koperasi.
Kolaborasi antara kedua pihak diharap dapat dikembangkan ke tahap yang lebih baik sekali gus membantu koperasi menjalankan aktiviti perniagaan runcit secara lebih dinamik dan berdaya saing di pasaran.


