HomeANTARABANGSAANGKASA Perkukuh Hubungan Koperasi dengan Kanada dan India

ANGKASA Perkukuh Hubungan Koperasi dengan Kanada dan India

Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Ahli Lembaga Pengarah Co-operatives and Mutuals Canada (CMC), Ms. Marie-Josée Paquette ada 11 Ogos 2026.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Pengarah Eksekutif CMC, Mr. Michael Toye dan Pengurus Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Puan Noor Azlinn Zahariman.

Perbincangan itu antara lain membincangkan potensi kerjasama antara ANGKASA dengan gerakan koperasi Kanada pada masa hadapan, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan gerakan koperasi di negara masing-masing menjelang Perhimpunan Agung ICA di Panama pada 13 hingga 18 September 2026.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, kerjasama antara ANGKASA dengan CMC boleh diperkukuh menerusi perkongsian pengalaman, penyelarasan matlamat serta usaha bersama bagi memperkasakan gerakan koperasi di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Ms. Marie-Josée berkata, institusi seperti ICA perlu terus diperkukuh bagi memastikannya kekal relevan kepada anggota dalam menghadapi perubahan landskap global.

Menurut beliau, organisasi apeks memainkan peranan penting dalam menggerakkan anggota serta memperkukuh institusi koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Sokongan koperasi besar dan peranan organisasi apeks juga penting bagi memastikan penglibatan anggota terus diperkasakan.

Marie-Josée turut menekankan keperluan memodenkan komunikasi dan strategi gerakan koperasi bagi memastikan terus relevan kepada generasi muda.

Beliau berkata, koperasi kekal sebagai antara penyelesaian yang kukuh dalam menghadapi cabaran semasa, manakala penyertaan generasi muda penting bagi memastikan gerakan tersebut terus berkembang.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Pengerusi Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO), Mr. Dileep Sanghani pada 7 Ogos 2026.

Dalam perbincangan itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, ANGKASA dan IFFCO mempunyai sejarah kerjasama serta saling menyokong yang telah mengukuhkan hubungan kedua-dua organisasi di peringkat serantau dan global.

Sementara itu, Mr. Dileep berkata, IFFCO komited memberikan khidmat kepada golongan petani di India, selain memperluas kerjasama dengan koperasi di negara lain.

Beliau berkata, kerjasama antara IFFCO dengan ANGKASA yang telah terjalin menerusi dua memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini mempunyai ruang luas untuk terus diperkukuh melalui perkongsian sumber dan kekuatan kedua-dua organisasi bagi memperkasakan gerakan koperasi di Asia dan peringkat global.

Menurutnya, kerjasama sedemikian berpotensi memberi manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua organisasi, malah kepada gerakan koperasi yang lebih luas di rantau Asia dan negara lain.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine