HomeUncategorizedLawatan Ke Rasa Melaka Kopi Opu, Tinjau Konsep Sajian Tradisional dan Moden

Lawatan Ke Rasa Melaka Kopi Opu, Tinjau Konsep Sajian Tradisional dan Moden

Lawatan ke Rasa Melaka by Kopi Opu, di Jalan Hang Kasturi, Melaka hari ini (16 November 2026) memberi peluang untuk melihat perkembangan premis berkenaan yang dibuka semula pada 11 November lalu, selain meninjau konsep baharu yang menggabungkan cita rasa makanan tradisional dengan pilihan hidangan dan minuman moden.

Lawatan tersebut yang diketuai Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, turut memberi tumpuan kepada usaha pengusaha baharu dalam membawa jenama Rasa Melaka menerusi sajian yang berteraskan makanan tradisional tempatan, di samping menawarkan pilihan yang lebih kontemporari bagi memenuhi citarasa pelanggan masa kini.

Antara menu tradisional yang diketengahkan ialah onde-onde, lempeng kelapa, nasi lemak, sagu gula Melaka, kopi kampung dan roti bakar seri kaya, selain pelbagai lagi pilihan makanan yang membawa identiti serta cita rasa tempatan.

Dalam masa sama, Rasa Melaka Kopi Opu turut mengetengahkan menu fusion dan minuman moden seperti Hazelnut Latte, Espresso, Latte Gula Melaka, mocktail dan Matcha bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari pilihan lebih moden.

Gabungan elemen tradisional dan moden ini memberikan kelainan kepada Rasa Melaka Kopi Opu dalam menampilkan sajian warisan tempatan menerusi pendekatan yang lebih segar dan bersesuaian dengan perkembangan citarasa semasa.

Konsep tersebut juga dilihat mampu menarik minat pelbagai lapisan pelanggan, khususnya golongan muda untuk mengenali dan menikmati makanan tradisional dalam suasana serta persembahan yang lebih kontemporari.

Rasa Melaka Kopi Opu diharap terus berkembang sebagai sebuah premis yang mengangkat identiti makanan dan minuman tempatan, sekali gus memperkenalkan cita rasa warisan Melaka kepada masyarakat melalui pendekatan perniagaan yang lebih moden dan inovatif.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine