HomeAKTIVITIANGKASA Kaji Potensi Emas Digital dalam Ekosistem Perniagaan Koperasi

ANGKASA Kaji Potensi Emas Digital dalam Ekosistem Perniagaan Koperasi

ANGKASA terus memperkukuh agenda transformasi perniagaan koperasi menerusi Mesyuarat Kerjasama Pelan Strategik Perniagaan Emas Digital bersama Appgenius Sdn. Bhd. di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 16 November 2026.

Kerjasama tersebut memberi tumpuan kepada penyediaan platform digital bagi memudahkan urusan pembelian emas secara digital, sekali gus membuka peluang kepada gerakan koperasi untuk meneroka sektor perniagaan emas yang inovatif, berpotensi tinggi dan selari dengan perkembangan ekonomi digital.

Melalui inisiatif itu juga, Appgenius Sdn. Bhd. akan menyediakan platform yang membolehkan koperasi mengembangkan aktiviti perniagaan emas digital dengan memberi penekanan terhadap pematuhan prinsip Syariah, kecekapan transaksi serta kemudahan akses kepada pengguna.

Mesyuarat tersebut diketuai oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan ANGKASA dan Jaringan Anak Syarikat, Haji Zaharuddin Alias.

Menurut beliau, kolaborasi ini turut mencerminkan komitmen ANGKASA dalam memperluas peluang perniagaan koperasi melalui pendekatan pendigitalan dan inovasi, selain memperkukuh daya saing koperasi dalam menghadapi landskap perniagaan yang semakin dinamik.

Katanya lagi, kerjasama ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem perniagaan emas digital koperasi yang mampan, berintegriti dan berlandaskan Syariah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan anggota koperasi.

Turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine