HomeANTARABANGSASesi Strategi ICA Tumpu Hala Tuju Organisasi 2026–2030

Sesi Strategi ICA Tumpu Hala Tuju Organisasi 2026–2030

Sesi Strategi Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang berlangsung di Shanghai, China pada 17 November 2026 memberi tumpuan kepada perbincangan hala tuju strategik organisasi itu bagi penggal 2026–2030. Sesi tersebut diadakan sempena Mesyuarat Lembaga ICA yang dijadualkan berlangsung pada 18 November 2026.

Sesi tersebut menghimpunkan barisan Ahli Lembaga baharu yang dipilih pada Perhimpunan Agung ICA di Panama, September lalu, termasuk Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Antara perkara yang dibincangkan ialah misi Lembaga bagi penggal 2026–2030, cadangan struktur Jawatankuasa Lembaga, format mesyuarat serta hal berkaitan yuran keahlian dan hak mengundi ahli.

Sesi dimulakan dengan ucapan Naib Presiden All-China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC), Xu Guanghong, yang mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Lembaga ICA ke Shanghai serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka menghadiri sesi berkenaan.

Beliau berkata, penganjuran Mesyuarat Lembaga ICA kali ini amat dinantikan memandangkan pertemuan terdahulu yang dijadualkan berlangsung di bandar raya itu pada Mac lalu terpaksa ditangguhkan susulan konflik di Timur Tengah.

Bagi memeriahkan penganjuran tersebut, ACFSMC turut mengatur beberapa program sampingan untuk para delegasi, termasuk lawatan kerja ke koperasi tempatan di Shanghai.

Sementara itu, Presiden ICA, Ariel Guarco, turut menzahirkan penghargaan kepada ACFSMC atas kesungguhan dan komitmen jitu dalam menjayakan penganjuran Mesyuarat Lembaga ICA.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine