Wednesday, March 4, 2026
HomeAKTIVITIKejohanan Petanque ANGKASA 2025 Rai Penyertaan 192 Pemain Seluruh Negara

Kejohanan Petanque ANGKASA 2025 Rai Penyertaan 192 Pemain Seluruh Negara

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025 membuka tirai di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak, pada 20 September 2025 dengan menghimpunkan seramai 192 pemain daripada 64 pasukan seluruh negara yang tampil penuh bersemangat sepanjang perlawanan awal.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Lelaki), Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Perempuan), Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) dan Kategori Koperasi Dewasa (Perempuan), selain Kategori Jemputan ANGKASA.

Suasana pertandingan turut diserikan dengan gelak ketawa dan sorakan rakan sepasukan, mencerminkan semangat kesukanan yang menjadi teras penganjuran kejohanan itu.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik melakukan lontaran bola pertama sebagai simbolik pelancaran, sekali gus menandakan bermulanya pertandingan rasmi.

Kejohanan selama dua hari itu akan melabuhkan tirai pada 21 September 2025 dengan acara kemuncak iaitu perlawanan peringkat separuh akhir, peringkat akhir serta majlis perasmian penutupan.

Turut hadir, barisan Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Hadir sama, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim serta barisan Pengurusan Kanan ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine