Tuesday, March 3, 2026
HomeKOPERASITeroka Peluang Kerjasama Menjayakan MyDigital ID Sektor Koperasi

Teroka Peluang Kerjasama Menjayakan MyDigital ID Sektor Koperasi

Koperasi Anak Seni Malaysia Berhad (KOSENI) dan ANGKASA meneroka peluang kerjasama untuk menjayakan program MyDigital ID yang kini giat dilaksanakan oleh kerajaan atas inisiatif Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, inisiatif ini perlu dimanfaat oleh anggota koperasi seluruh negara memandangkan ia merupakan keperluan semasa sesuai dengan Program Transformasi dan Digitalisasi Koperasi (DigiKop).

Katanya, setiap anggota koperasi perlu mendaftar sebagai pengguna MyDigital ID bagi meningkatkan keselamatan data peribadi daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi KOSENI, Encik Akram Khan Fakir berkata, kerjasama di antara KOSENI dan ANGKASA diharap dapat memberi peluang kepada semua anggota koperasi seluruh negara mendaftar kepada MyDigital ID.

KOSENI yang telah diberi tanggungjawab untuk mempromosikan pendaftaran MyDigital ID berharap kesedaran untuk mendaftar akan membolehkan anggota koperasi celik digital dan peka dengan keselamatan siber.

Turut hadir membentangkan taklimat ialah wakil MyDigital ID, Encik M. Shahzar M. Idris.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine