Saturday, November 15, 2025
HomeAKTIVITIPresiden ANGKASA Sampaikan Hadiah Pemenang Women Coop E-Sports Tournament

Presiden ANGKASA Sampaikan Hadiah Pemenang Women Coop E-Sports Tournament

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullahhadir bagi merasmikan majlis penutupan Women Coop Fest 2025 sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Women Coop E-Sports Tournament bertempat di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2025.

Pertandingan tersebut yang berlangsung sempena Program Women Coop Fest 2025 menampilkan beberapa buah pasukan yang terdiri daripada kalangan belia.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada KOWIMA atas penganjuran karnival tersebut yang bukan sahaja dapat menarik minat generasi muda dalam aktiviti koperasi, malah optimis terhadap potensi penerokaan bakat baharu untuk sukan tersebut.

Turut sama dalam majlis penutupan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain serta barisan Ahli Jawatankuasa KOWIMA yang diketuai Pengerusinya, Puan Rozilah Mohamad Tahir.

Senarai kumpulan yang memenangi Women Coop E-Sports Tournament :

Johan : TODAK LADIES
Naib Johan : KUTU MA KUTU
Tempat Ketiga : KYOUGI x PWEM
Tempat Keempat : MILADIES x BISON
Tempat Kelima : THE LAST SAIYAN
Tempat Keenam : SOLARIS
Tempat Ketujuh : ALWAYS GACOR
Tempat Kelapan : RIMHA CTRL E SPORTS

Anugerah MVP : TODAK REZE

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine