Friday, June 20, 2025
HomeAGENSIACD 2025: Perluas Perdagangan C2C Ke Peringkat Antarabangsa

ACD 2025: Perluas Perdagangan C2C Ke Peringkat Antarabangsa

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus memperluas jaringan perdagangan koperasi ke koperasi (C2C) bagi meningkatkan keupayaan produk dan perkhidmatan koperasi menembusi pasaran global.

Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick berkata, KUSKOP mahu melihat usaha tersebut dipergiat supaya capaian pasaran produk dan perkhidmatan koperasi yang ditawarkan ke luar negara dapat meningkatkan perolehan koperasi, sekali gus meletakkan sektor koperasi setanding dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Katanya, jaringan perdagangan C2C bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi koperasi di peringkat antarabangsa, tetapi juga berupaya meningkatkan kepercayaan pihak luar seterusnya membuka pintu kepada peluang jangka panjang untuk bekerjasama dengan pihak luar negara dalam perdagangan dan pembangunan ekonomi.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Ewon dalam Sidang Media ketika Opening Ceremony ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 13 Mei 2025.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, beliau menyatakan sudah tiba masanya bagi kerajaan ASEAN mengambil langkah berani mengintegrasikan koperasi ke dalam strategi ekonomi serantau.

Menurutnya, ASEAN Co-operative Organization (ACO) telah menjadi platform serantau yang menyatukan gerakan koperasi yang terdiri daripada negara anggota ASEAN iaitu berfungsi sebagai jambatan kolaboratif, memudahkan perkongsian pengetahuan, penyelarasan dasar dan program yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing koperasi.

“Malaysia, melalui kepimpinan ANGKASA akan terus bekerjasama rapat dengan rakan ASEAN untuk memperkasa perusahaan koperasi, berkongsi kepakaran dan menyumbang ke arah rantau yang makmur hasil kerjasama dan perpaduan demi kemakmuran bersama,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah memohon sokongan semua pihak supaya koperasi mendapat pengiktirafan lebih besar khususnya dalam pembangunan ekonomi ASEAN.

Katanya, sokongan kerajaan ASEAN, badan induk koperasi dan penggubal dasar penting bagi mengangkat ACO menjadi entiti ASEAN yang diiktiraf sebagai pembuat keputusan ASEAN, membentuk dasar dan memastikan koperasi menerima manfaat yang sewajarnya.

Justeru, beliau mahu penubuhan Mesyuarat Menteri Koperasi ASEAN (ACMM) menyediakan platform rasmi kepada koperasi sebagaimana yang dinikmati Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Seramai 250 jemputan terdiri daripada delegasi tempatan dan luar negara iaitu melibatkan pemimpin koperasi, pembuat dasar dan pemegang taruh gerakan koperasi di rantau ASEAN hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama ialah, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah, YB Datuk Phoong Jin Zhe, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Keusahawanan Koperasi Negeri Pahang, YB Datuk Amizar Abu Adam dan barisan pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Program ACD 2025 bertemakan ‘ Cooperatives Build a Better World’ atau ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’ sempena Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dan Kepengerusian ASEAN 2025 itu mengumpulkan sejumlah 150 peserta antarabangsa melibatkan lapan negara anggota ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja dan Timor-Leste serta negara jemputan khas iaitu China, Australia dan Azerbaijan berkumpul bagi meningkatkan status dan kerjasama serantau dalam rangka kerja ekonomi ASEAN.

Program yang julung kalinya dilaksanakan oleh ANGKASA sebagai Sekretariat ACO dengan kerjasama KUSKOP serta rakan strategik SKM dan IKMa tersebut juga bertujuan menyediakan platform dialog strategik antara sektor koperasi dan kerajaan negara anggota ASEAN bagi mewujudkan jaringan memperkukuh integrasi ekonomi melalui melalui gerakan koperasi.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Wakil KUSKOP, Encik Azizul Alias dan Wakil Kementerian Kewangan, Encik Ezleezan Othman, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, Wakil Sektor Wanita, Hajah Noorizan Abd. Latif, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin serta barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine