Friday, June 20, 2025
HomeAKTIVITIANGKASA Melaka Sambut Aidilfitri Bersama TYT Melaka

ANGKASA Melaka Sambut Aidilfitri Bersama TYT Melaka

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd. Rustam menandatangani plak sempena kehadiran beliau ke Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Melaka dan Koperasi Gabungan Masjid-masjid Negeri Melaka Berhad

Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Melaka dan Koperasi Gabungan Masjid-masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) disambut meriah tahun ini dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd. Rustam di laman ANGKASA Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 25 April 2025.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih atas kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam bersama-sama 400 wakil koperasi yang dijemput.

“ANGKASA amat menghargai sokongan TYT terhadap kemajuan pembangunan gerakan koperasi Negeri Melaka selama ini, terutamanya pembangunan Koperasi Kariah Masjid (KKM)”. ujar beliau.

ANGKASA yang kini giat membuat persiapan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2.0, berhasrat meneruskan program tersebut dengan skala lebih meluas serta strategi yang lebih inklusif.

Ia dilaksanakan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama komuniti dalam dan lur bandar Negeri Melaka.

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd. Rustam turut menyampaikan sumbangan CSR kepada mantan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Melaka, Encik Ab. Rahman Mamat yang ditimpa musibah kebakaran.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti nasi minyak, lemang, sate, kuey teow, nasi impit, rendang dan mee goreng.

Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka merangkap Pengerusi KOGMAS, Haji Zaidan Haji Abdul Hadi, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd. Nor, Pengarah IKMa Zon Selatan, Encik Hafizal Abu Bakar dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Jamil Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine