HomeAGENSIANGKASA - PPPJJ USM Rancang Kerjasama Strategik Tingkat Program Akademik dan Pembangunan...

ANGKASA – PPPJJ USM Rancang Kerjasama Strategik Tingkat Program Akademik dan Pembangunan Modal Insan Koperasi

ANGKASA sentiasa komited dalam memperkukuh jaringan kolaboratif strategik dengan pelbagai agensi dan institusi pengajian tinggi.

Jaringan tersebut penting kerana boleh menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan gerakan koperasi.

Demikian disuarakan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dalam ucapan ringkasnya sewaktu menerima kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 18 Ogos 2026.

Wakil PPPJJ USM diketuai oleh Timbalan Dekan (Akademik Kerjaya dan Antarabangsa) PPPJJ USM, Dr Nik Norliati Fitri Md Noor.

Perbincangan tersebut juga turut memberi tumpuan kepada cadangan membentuk  kerjasama strategik yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak khususnya pelaksanaan program  latihan profesional serta penerbitan ilmiah.

Kerjasama antara kepakaran akademik yang dimilikki USM dengan jaringan luas ANGKASA diyakini mampu menyokong agenda pembangunan negara berteraskan ilmu dan menzahirkan impak yang lebih signifikan kepada pembangunan sektor ekonomi koperasi.

Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Pengurus Seksyen Pendidikan (Menanggung Tugas Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Perniagaan, ANGKASA), Encik Abu Bakar Busmah dan Pengurus Kanan Bahagian Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan, ANGKASA, Puan Aziah Talib.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine