Friday, August 1, 2025
HomeANTARABANGSAANGKASA Puji Inisiatif NCMF Tubuh Koperasi Kariah Masjid di Filipina

ANGKASA Puji Inisiatif NCMF Tubuh Koperasi Kariah Masjid di Filipina

ANGKASA menyambut baik usaha National Commission on Muslim Filipino (NCMF) yang giat menubuhkan lebih banyak Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Filipina, terutamanya yang menyokong inisiatif halal.

Menurut Presiden ANGKASA yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, pendekatan tersebut amat bertepatan dan memberi kesan positif kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh.

“Di Malaysia, Koperasi Kariah Masjid (KKM) telah terbukti menjadi instrumen berkesan dalam memajukan komuniti umat Islam dari sudut ekonomi, sosial dan kerohanian. Kami yakin usaha Koperasi Kariah Masjid di Filipina juga akan dapat memperkasakan komuniti Muslim setempat,”

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan Kunjung Hormat ke Ibu Pejabat NCMF di Manila, Filipina pada 11 Julai 2025.

Tambahnya, langkah NCMF menubuhkan koperasi sendiri, NCMF Halal Development Consumer Cooperatives dan membuka kedai runcit di premis tersebut juga dilihat sebagai bukti komitmen dalam menyediakan peluang ekonomi yang lestari. Inisiatif tersebut dilihat dapat menambah nilai kepada model koperasi komuniti.

Lawatan tersebut juga merupakan kesinambungan kepada lawatan pertama pada tahun 2023 yang menyaksikan pelancaran awal KKM di Quezon City dan Bulacan.

Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, perkembangan memberangsangkan ini menunjukkan bahawa model KKM semakin diterima serta berkembang ke wilayah-wilayah lain di Filipina dan serata ASEAN.

Beliau turut menzahirkan keterujaan untuk meneruskan lawatan dan perasmian lima lagi KKM di Luzon bagi pertukaran ilmu dan pengalaman bersama koperasi tempatan.

“ANGKASA akan terus menyokong pembangunan koperasi komuniti di Filipina menerusi kerjasama serta bantuan teknikal.

Semoga semangat berkoperasi terus subur di rantau ini dan membawa manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah Bureau of Muslim Economic Affairs, NCMF, Puan Saleha P. Sacar dalam ucapannya menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada ANGKASA atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga berjaya menubuhkan 11 KKM di Filipina.

Beliau yang mewakili Setiausaha NCMF, YB Sabuddin N. Abdurahim berkata, pihaknya akan terus konsisten mempromosi fungsi dan peranan gerakan koperasi kepada komuniti Muslim di Filipina sekali gus menggalakkan agar lebih banyak KKM ditubuhkan.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

📲 𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 & 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞:
👍🏻 𝐅𝐁: @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐗 (𝐓𝐰𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫): @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞: 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
👍🏻𝐋𝐢𝐧𝐤𝐞𝐝𝐢𝐧: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
🌐 𝐰𝐰𝐰.𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚.𝐜𝐨𝐨𝐩
🌐 𝐰𝐰𝐰.𝐬𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐨𝐩

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 #𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 #𝐖𝐞𝐀𝐫𝐞𝐂𝐨𝐨𝐩𝐬 #𝐒𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍𝐂𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠𝐮𝐞 #𝐈𝐘𝐂𝟐𝟎𝟐𝟓 #𝐂𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐬𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐀𝐁𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine