ANGKASA berbesar hati menerima kunjungan seramai 25 delegasi daripada Association of Zakat & Waqf Operators in Nigeria (AZAWON) bertempat di ANGKASA, Kelana Jaya pada 10 Oktober 2025.
Kunjungan yang diketuai oleh Chairman of AZAWON yang juga merupakan Chairman of SOKOTO State Zakat & Waqf (Endowment) Agency (SOZEA), Mr. Muhammad Lawal Maidoki itu disambut mesra oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Dr. Syaharina Abdullah.
Kehadiran delegasi dari pelbagai agensi lembaga zakat seluruh Nigeria itu bertujuan untuk mempelajari serta meneliti model zakat, pematuhan syariah, pertanian dan ekopelancongan yang digerakkan oleh ANGKASA.











