Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Yakin Gerakan Koperasi Capai Perolehan RM75 Bilion Menjelang 2026

ANGKASA Yakin Gerakan Koperasi Capai Perolehan RM75 Bilion Menjelang 2026

ANGKASA yakin perolehan gerakan koperasi negara berpotensi mencecah antara RM73 bilion hingga RM75 bilion pada 2026, selari dengan peningkatan keyakinan masyarakat terhadap sektor tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, pada 2024 perolehan gerakan koperasi telah melepasi RM68 bilion dan angka itu dijangka akan terus meningkat bagi tahun 2025 selepas penutupan penuh akaun koperasi.

“Perkembangan tersebut mencerminkan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap gerakan koperasi sebagai platform memperkasa sosioekonomi rakyat, dibantu oleh peranan media yang sentiasa menyampaikan berita sahih dan berintegriti terhadap aktiviti dan kejayaan koperasi.

Secara purata, kira-kira 1,000 koperasi baharu didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) setiap tahun sekali gus menunjukkan potensi pertumbuhan yang berterusan dalam sektor berkenaan.”

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Program CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA bersama BERNAMA – Sumbangan Kit Ramadan di lobi Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2026.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.

Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA memperuntukkan sebanyak 1,500 Kit Ramadan pada tahun ini untuk diagihkan kepada lima agensi agensi media di sekitar ibu negara.

Terdahulu, kira-kira 300 pek makanan telah diagihkan kepada petugas BERNAMA sebagai simbolik hubungan strategik antara ANGKASA dan media selain menghargai peranan media dalam memperluas promosi gerakan koperasi kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine