Tuesday, October 14, 2025
HomeKOPERASIJadikan Pengalaman Berkoperasi di Sekolah Sebagai Jambatan Ilmu

Jadikan Pengalaman Berkoperasi di Sekolah Sebagai Jambatan Ilmu

Pelajar yang terlibat secara langsung dalam aktiviti koperasi sekolah disaran supaya menjadikan pengalaman tersebut sebagai jambatan ilmu ke arah masa depan yang lebih baik.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, pengalaman berkoperasi bukan sekadar memberi ilmu teknikal berkaitan urus niaga dan keuntungan semata-mata, malah turut merangkumi ilmu kerohanian seperti permuafakatan, amanah dan semangat saling bantu-membantu.

Menurut beliau, koperasi banyak mengajar tentang pembentukan gagasan serta jati diri yang tinggi. Oleh itu, pelajar perlu mengadaptasi nilai-nilai tersebut kerana dapat membantu mereka menguruskan koperasi pada masa hadapan sama ada melalui koperasi siswa, koperasi dewasa mahupun koperasi keluarga.

Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Kota Bharu Berhad Kali Ke-44 di Dewan Jati, SMK Kota Bharu, Kelantan pada 12 Oktober 2025.

Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah serta Pengetua SMK Kota Bharu merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Bharu Berhad, Encik Ariffin Che Yahya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine