Program Sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat ANGKASA bertemakan “Jom Senam” menjadi medan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerjanya, selari dengan usaha menggalakkan aktiviti fizikal secara berterusan di tempat kerja.
Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, penganjuran aktiviti seumpama “Jom Senam” bukan sekadar pengisian takwim tahunan tetapi pendekatan penting menggalakkan gaya hidup aktif bagi menangani penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis yang sering dikaitkan dengan gaya hidup sedentari.
“Penganjuran aktiviti seumpama “Jom Senam” bukan sekadar pengisian takwim tahunan tetapi pendekatan penting menggalakkan gaya hidup aktif bagi menangani penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis yang sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif.”
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat ANGKASA bertemakan “Jom Senam” di ANGKASA pada 14 November 2025.










Beliau yakin usaha konsisten mengamalkan gaya hidup sihat akan memberi impak positif bukan sahaja kepada tahap kesihatan individu malah terhadap produktiviti organisasi apabila warga kerja lebih cergas fokus dan bertenaga.
Tambahnya, inisiatif sukan dan kecergasan seperti “Jom Senam” juga berperanan mengeratkan hubungan silaturahim selain mengukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan warga ANGKASA yang disifatkan sebagai satu keluarga besar.













Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Aset, Mejar Ir. Ts. Mohd Ramli Parman (Bersara).



