Thursday, July 31, 2025
HomeAKTIVITIKoperasi SMK Kunak Jaya Adakan Lawatan ke Ibu Pejabat ANGKASA

Koperasi SMK Kunak Jaya Adakan Lawatan ke Ibu Pejabat ANGKASA

Seramai 16 anggota Koperasi SMK Kunak Jaya Berhad telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 22 Mei 2025.

Ketibaan mereka yang diketuai Pengerusinya, Encik Selamat Yusuf disambut mesra oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selain diiringi Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Seksyen Pendidikan, Bahagian Pendidikan dan Pemulihan, Encik Abu Bakar Busmah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapan ringkasnya menyatakan bahawa koperasi sekolah perlu aktif dan berani mengambil peluang melibatkan diri dalam perniagaan. Usaha itu perlu bagi mengembangkan lagi sumber ekonomi koperasi selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anggota dan masyarakat.

Sesi lawatan tersebut diselaraskan oleh Bahagian Korporat ANGKASA dan delegasi telah diberikan taklimat korporat serta peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara. Selain itu, delegasi juga dibawa melawat Muzium Koperasi Malaysia dan Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine