‘Sesi Bersama Presiden ANGKASA’ kali ini dijayakan bersekali dengan ‘Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2025’ Peringkat ANGKASA, pada hari inu (24 Jun 2025) bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Peluncuran Pelaksanaan Program 5K (Keselamatan, Kebersihan, Keceriaan, Keselesaan dan Kelestarian) selain warga kerja ANGKASA berpeluang menjalani pemeriksaan saringan kesihatan kebangsaan secara percuma daripada petugas klinik Kesihatan Kelana Jaya dan Coopfarmasi.
Pameran dan edaran pilot test kit percuma turut diedarkan kepada warga ANGKASA dan menggunakan aplikasi untuk Fertilemate dalam memantau kesihatan hormon badan.
Pada masa yang sama, kakitangan ANGKASA berpeluang mengikuti Ceramah Kesihatan Minda dan menerima sesi konsultasi Minda Sihat selain berpeluang menyertai cabaran 1,000 langkah yang turut dibuka kepada subsidiari, syarikat bersekutu secara individu.


