Peranan masjid perlu diperkasa bukan sahaja sebagai pusat ibadah semata-mata, malah sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi ummah ke arah kesejahteraan dan kemajuan bersama.
Penubuhan koperasi, khususnya Koperasi Kariah Masjid (KKM) merupakan instrumen terbaik bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Demikian intipati Forum Perdana bertajuk “Koperasi Membina Kesejahteraan Ummah” anjuran ANGKASA sempena Hari Koperasi Negara 2025 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 25 Julai 2025.
Program tersebut menampilkan dua orang penceramah iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Da’i Ahmad Izzhar Ahmad Nazri serta Ustaz Zakaria Othman sebagai moderator.







Forum tersebut juga turut membincangkan tentang fungsi KKM dalam membantu pembangunan ekonomi komuniti, selain daripada keperluan rohani, peluang dan potensi KKM dalam penyediaan produk dan perkhidmatan halal secara global serta usaha yang perlu dijalankan bagi memberi kesedaran dan menarik minat masyarakat terhadap gerakan koperasi, khususnya golongan muda.
Hadirin turut dihiburkan oleh kumpulan nasyid Saujana dengan lagu-lagu malar segar mereka.





















Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Tuan Haji Rahman Mohd Din, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Haji Azam Sulaiman, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Md Azhan Bin Samat @ Limat, Naib Presiden ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias dan barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN).