Saturday, November 15, 2025
HomeKOPERASIPresiden ANGKASA Tinjau Perkembangan Projek Sejati Madani KOPTUBAS di Pulau Tuba

Presiden ANGKASA Tinjau Perkembangan Projek Sejati Madani KOPTUBAS di Pulau Tuba

Usaha untuk memastikan koperasi yang terlibat dalam Projek Sejati Madani Koperasi Luar Bandar mencapai matlamat projek seperti yang dirancang terus diberi penekanan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bin Haji Abdullah apabila beliau sendiri turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan projek yang diusahakan.

Lawatan kerja beliau ke Pulau Tuba di Langkawi bagi melihat perkembangan projek caravan yang diusahakan oleh Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS) pada 17 Oktober 2025 memberikan perspektif bahawa kesungguhan beliau untuk memastikan segala usaha dan perjalanan Projek Sejati Madani Koperasi Luar Bandar yang diuruskan oleh ANGKASA kepada koperasi dapat diimplementasikan dengan berkesan.

Kehadiran beliau disambut oleh Pengerusi KOPTUBAS, Encik Mohd Fadzlan Nor di Jeti Pekan Rabu Langkawi dan seterusnya menaiki bot milik KOPTUBAS ke Pulau Tuba dan van ke lokasi projek yang terletak di Kampung Pulau Tuba.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ulasannya kepada media PELANCAR menyatakan rasa gembira dan puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan.

Katanya, projek tersebut berjalan dengan lancar dan berharap agar fasa kedua pembangunan projek iaitu untuk menyediakan dapur masak dan kemudahan tandas kepada pengunjung dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan.

Beliau juga turut dibawa mengunjungi beberapa projek yang diusahakan oleh koperasi tersebut seperti perusahaan keropok kering, chalet dan perkhidmatan bot.

Turut mengiringi Presiden ANGKASA dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri , Tuan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim  Haji Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine