Friday, June 20, 2025
HomeANTARABANGSASingapura Dijemput Sertai ACD 2025

Singapura Dijemput Sertai ACD 2025

Setiausaha Agung ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah menyampaikan surat jemputan rasmi kepada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi merangkap Menteri Penasihat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur, Mr. Shivakumar Nair untuk menghadiri ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Pertemuan rasmi itu telah berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Singapura, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada siri libat urus ACO dan ANGKASA dengan wakil negara-negara ASEAN dalam memperkukuh keterlibatan diplomatik dan ekonomi melalui platform koperasi.

Selain penyerahan jemputan, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pembangunan gerakan koperasi di Singapura dan Malaysia, termasuk potensi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang.

ACD 2025 dijangka menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu strategik dan cabaran semasa yang dihadapi gerakan koperasi di rantau ini.

Program itu dijangka menghimpunkan lebih 150 peserta termasuk pemimpin koperasi dari sembilan negara anggota ASEAN.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine