Tuesday, June 2, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Sasar 22 Pusat Dialisis MyANGKASA Menjelang Akhir 2026

ANGKASA Sasar 22 Pusat Dialisis MyANGKASA Menjelang Akhir 2026

ANGKASA menyasarkan pembukaan lima lagi Pusat Dialisis MyANGKASA menjelang akhir tahun 2026 bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan rawatan hemodialisis di seluruh negara.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, penambahan tersebut akan menjadikan jumlah keseluruhan Pusat Dialisis MyANGKASA meningkat kepada 22 buah berbanding 18 buah ketika ini.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi memperluas akses rawatan kepada pesakit buah pinggang selain meningkatkan kapasiti perkhidmatan yang disediakan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan siri lawatan kerja ke Pusat Dialisis MyANGKASA Tampin dan Pusat Dialisis MyANGKASA Alor Gajah pada 2 Jun 2026.

Katanya, rangkaian Pusat Dialisis MyANGKASA kini disokong oleh 160 jururawat, 21 pakar nefrologi, 21 pegawai perubatan serta 20 kakitangan sokongan.

Pusat Dialisis MyANGKASA Tampin kini merawat 31 pesakit menggunakan enam mesin dialisis, manakala Pusat Dialisis MyANGKASA Alor Gajah merawat 80 pesakit dengan 17 mesin dialisis.

Turut mengiringi beliau ialah Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Pusat Dialisis MyANGKASA, Encik Afrizal Ahmad.

Selain mengendalikan pusat dialisis sendiri, ANGKASA turut menjalinkan kerjasama dengan tiga koperasi dalam penyediaan perkhidmatan dialisis di Kedah, Perak dan Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine