Tuesday, June 23, 2026
HomeAKTIVITIMesyuarat Agung ke-12: Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad Terus...

Mesyuarat Agung ke-12: Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad Terus Melangkah Ke Hadapan

Sesebuah koperasi perlu sentiasa menambah bilangan anggotanya. Lebih ramai anggota bermakna lebih banyak idea dan ilmu dapat dikongsi, sekali gus memberi manfaat bersama dalam usaha membangunkan koperasi.

Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, menegaskan perkara tersebut ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 pada 14 Jun 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang.

“Jumlah anggota yang ramai juga mampu meningkatkan jumlah saham, sekali gus membantu koperasi melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi pulangan hasil demi kemajuan bersama,” ujarnya.

Beliau menambah, sumbangan kabin yang diterima daripada pihak kerajaan baru-baru ini turut memberi manfaat kepada anggota koperasi dan komuniti setempat dengan menyediakan ruang jualan barangan keperluan hardware.

Terdahulu, Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Raub/Lipis, Encik Mohd Shukemei Ahmad, memaklumkan bahawa kini terdapat lebih banyak koperasi ditubuhkan di daerah tersebut. Menurutnya, aktiviti peruncitan Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad semakin berkembang dan menunjukkan pencapaian yang berpotensi untuk terus maju ke hadapan.

Anggota koperasi juga diseru agar memanfaatkan dana serta geran bantuan yang disediakan oleh SKM, termasuk bimbingan dan nasihat bagi memperkukuh operasi koperasi.

Seramai 75 anggota hadir dalam mesyuarat kali ini, termasuk yang menyertai secara dalam talian dengan 12 agenda mesyuarat.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine